...Life is Life...
Monday, March 15, 2010
ORANG DLM PERTIKAIKAN TOMPEK SENDIRI???.
Sunday, March 14, 2010
UMNO PERHUBONGAN NEGERI SEMBILAN ADAPELANTIKAN BARU BGI KERUSI KETUA PENARAGAN DAN SETIUSAHA UMNO PERHUBUNGAN.

Maulidur Rasul peringkat Wilayah adat lingkungan dan Luak Tanah Mengandung akan menjadi acara tahunan.
Friday, March 12, 2010
KERAJAA NEGERI SEMBILAN DK MEGEKALKAN SEMUA EXCO KERAJAAN YG LAMA.
TAHNIAH....atas pelantikan semula kesemua exco kerajaan nsdk yg lama utk sesi 2010 sehingga 2012.exco yg masih mantap dan yg telah mengangkat sumpah di ISTANA BESAR SERI MENANTI ..pada pukul 3.00ptg bersamaan 11/03/2010 ia lah.. YB. DATO' HJ.ISMAIL LASIM/ YB. DATO' ABD SAMAD IBRAHIM/YB. DATO'HAJI MOHAMMAD RAZI KAIL/YB. DATO'HAJI HASHIM RUSDI/ YB. DATO'YUNUS RAHMAT/ YB. DATO' HJ.ISMAIL TAIB/ YB. DATO'VS MOGAN/ YB. DATO' SIOW CHIN PIN/ YB.DATO' SHAMSUL KAHAR DAN YB. DATO' HAJJAH ZAINAB NASIR....Tahniah dan terima kasih juga pada YAB.DATO' SERI UTAMA MBNS atas kepercayaan yg telah beri pada semua exco yg di lantik semula... Maka berakhir lah kemelut di nsdk yg ada desas desus mengkata kan yg YAB.MBNS akan merombakdan ada muka baru dlm exco kerajaan nsdk....semuanya dah pun berakhir... ada nama yg di sebut2 akan mengangotai barisan exco kerajaan nsdk seperti YB.TAN SRI ISA SAMAD/YB DATO' DR AWALLUDIN / YB TUAN HJ. ADNAN.... Dah pun terjawab petang tadi di ISTANA BESAR SERI MENANTI.
Yang masih jadi tanda tanya ialah potfolio yg masih belum diumum kan oleh YAB. MBNS...Ada kah masih kekal di port
olio yg lama dan ada juga ura2 yg mengata kan bahawa JKR/SAINS/TNB DAN TM yg portfolio tu dah di bubar kerana dah boleh berdiri sendiri dan apakah portfolio yg baru tu..dan sapa kah exco yg akan mengetuai portflio itu hanya akan terjawab pada minggu hadapan di harap semua warga nsdk bersabar.
Thursday, March 11, 2010
MAULIDUR RASUL PERINGKAT TANAH LUAK MENGANDUNG ISTANA BESAR SERI MENANTI..
Wednesday, March 10, 2010
Hanya kerak nasi untuk MAK
FIKIRKANLAH. .. Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih. ....sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup. Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati.... Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti. Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari. Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya. Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya. Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"... seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu' Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi' ...dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .. Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'. ' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan. Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan.. YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga. AMINN