Sekalung tahniah pada Pengerusi sambutan dan pada semua badan yang yg telah bertungkus lumus utk mejayakan acara MAULIDUR RASUL PERINGKAT TANAH LUAK MENGANDUNG DAN PIHAK ISTANA BESAR SERI MENANTI. Lebih kurang 2000 yg hadir pada mlm yg penuh bersejarah kerana buat pertama kali nya acara sambutan bermula dari perkarangan Istana Besar Seri Menanti hingga ke Masjid Diraja seri menanti yg di kenali masjid jamek Tuanku Munawir.
DULI YANG MAHA MULIA TUANKU YG DI PERTUA BESAR TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR telah mecemar duli utk mengetuai perarakan dan turut beragkat petang itu ialah TUNKU AMPUAN BESAR Negeri Sembilan dan anakanda2 bersama kerabat2 diraja nsdk. Hadir bersama DATO'SETIAUSAHA KERAJAAN NSDK, ADUN SERI MENANTI,DATO' ABD SAMAD IBRAHIM merupakan Pengerusi Pengarah Sambutan maulidur rasul, ADUN SENALING DATO' HJ.ISMAIL LASIM,ADUN JUASSEH DATO' HJ. MOHAMAD RAZI KAIL DAN ADUN PILAH ADNAN ABU HASSAN dan lebih kurang 2000 warga Tanah luak mengandung yg menyertai perarakan itu.Baginda juga telah perkenan utk melihat persembahan lancang sebanyak 8 buah dan pancor dari Tanah Luak Mengandung dan Wilayah Adat Lingkungan.
YANG DI PERTUAN BESAR NSDK TUANKU MUHRIZ TUANKU MUNAWIR telah mencadangkan sambutan begini di jadi kan sebagai acara sambutan tahunan. DAULAT TUANKU.. DAUALT TUANKU.. DAUALT TUANKU...Apa yg patik cuba ketengahkan dlm tuisan ini ialah bertapa akrab nya pihak istana seri menanti dan semua pemimpin2 dan juga semua warga tanah luak mengandung dan Wilayah Adat Lingkungan. salam dari patik dan juga semua warga dun seri menanti..
No comments:
Post a Comment